i-Mesra adalah Sistem Pengurusan Inventori yang digunakan oleh premis penyedia makanan sebagai rujukan inventori kepada pengguna.
PIJ Halal Ventures merupakan syarikat milik penuh PIJ Holdings yang merupakan salah satu syarikat milik Kerajaan Negeri Johor. Tujuan penubuhannya adalah untuk pengembangan industri Halal negeri Johor dan Luar Negara. Menawarkan khidmat nasihat Halal, Latihan Professional Halal, Kesedaran Halal, Pembangunan Infra Halal dan perniagaan berkaitan Halal lain.
PIJ Halal Ventures Sdn Bhd berdaftar sebagai Penyedia Latihan Halal di bawah Majlis Halal Malaysia atau Lembaga Professional Halal (HPB), Jakim dan HRDF. Merupakan rakan strategik Akademi Halal Antarabangsa Malaysia (MIHA), JAKIM untuk program latihan dan bimbingan di luar negara.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan, latihan, bimbingan dan konsultansi Halal? Hubungi kami sekarang untuk membuat temujanji.