Perkhidmatan

Konsultansi Halal

PIJ Halal Ventures Sdn Bhd (PHVSB) membantu usahawan yang memerlukan bimbingan serta konsultansi untuk mendapatkan sijil Halal. Disini usahawan akan mendapat maklumat dan proses yang betul bagi permohonan pensijilan Halal. Disamping itu juga, PHVSB mempunyai tenaga pakar dalam bidang Halal untuk memberi ilmu tentang Pembangunan Sistem Jaminan Halal dan membangunkan Jawatankuasa Dalaman Halal mengikut keperluan syarikat masing-masing.

Senarai Perkhidmatan Konsultansi Halal

  • Bimbingan Pensijilan Halal Malaysia
  • Pembangunan Sistem Jaminan Halal(HAS)
  • Kursus Kesedaran Halal
  • Permohonan Sistem MYeHALAL
  • Pra-Audit
  • Kursus MESTI (Premis/Produk Makanan)
  • Pembangunan Jawatankuasa Dalaman Halal

Pemasaran Produk Halal ke Luar Negara

Program Halal to Oversea adalah program yang melibatkan bimbingan pembangunan Usahawan PKS dari lokal ke pasaran Antarabangsa melalui proses bimbingan dan latihan. Disamping itu, usahawan dapat mempromosikan produk dan akses terus untuk berurus runding dengan bakal pembeli-pembeli dari luar negara yang terdiri dari Importer, Distributor, Trader, Koperasi dan NGO Islam yang berminat untuk pasarkan produk Halal Malaysia ke negara mereka. Dari program ini usahawan berpeluang untuk memasarkan produk ke negara Korea, Belgium, Indonesia, UAE, Netherlands, Thailand, Bosnia, Spain dan banyak lagi. Rakan kerjasama PHVSB iaitu Geoartha International Sdn Bhd mempunyai pengalaman hampir 15 tahun dalam skop Pemasaran dan Perdagangan Antarabangsa.

Modul Program

  • Peluang Pasaran Luar Negara
  • Membina Kualiti Usahawan, Produk dan Perkhidmatan Ke Luar Negara
  • Pengurusan Syarikat Dan Penyediaan Belanjawan Dalam Pemasaran Antarabangsa
  • Persediaan Awal Melangkah ke Pasaran Antarabangsa
  • Asas Ilmu Pemasaran Dan Urus Dagang Antarabangsa